HiburanSemasa

Tahniah Sara Peserta Perak Juara Clever Girl 2017, Bawa Balik Tunai RM100k!

Wakil negeri Perak, Sara Amelia Muhammad Bernard, diumumkan sebagai juara program realiti, Clever Girl Malaysia musim kedua, malam ini. Graduan Asasi Psikologi Ekonomi dan Matematik berusia 25 tahun itu menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Beliau memperoleh enam markah pada pusingan Penentuan Juara ketika menjawab soalan kategori sejarah, sekali gus melayakkanya membawa pulang wang tunai RM100,000.

 I

Naib juara dimenangi Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, dari Negeri Sembilan dengan empat markah yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Sementara itu, peserta dari Perlis, Hani Nazrina Hanizar, 25, terpaksa akur apabila tersingkir selepas tewas kepada Fadila Zuraida dalam pusingan Cabaran Fizikal.

Wakil Selangor, Shazana Kamarzaman, 24, tidak sempat menghabiskan saingan pentas akhir apabila tersingkir pada pusingan pertama selepas memperoleh markah terendah.

Pentas akhir itu turut menampilkan Alif membuat persembahan pembukaan dengan lagu Gemuruh, manakala Datuk Jalaluddin Hassan diundang sebagai kejutan bagi mengemukakan soalan kepada peserta.

Leave a Comment